Thursday, August 5, 2010

prologue

"Icha!!"

Dari jauh kelihatan seorang makhluk bertubuh tinggi lampai siap beruniform sekolah lengkap dengan kain rona khakis melambai-lambai. Luggage sederhana besar kutarik menghampiri gadis tersebut diiringi abah yang membimbit barang-barangku di kanan dan kiri tangannya.

"yo0 gal! wazzup? windu sama aku enggak??", tanya Icha kepada Sally.

"haah la..windu la sangat kat member aku yang terencat seko ni..he.he..", balas Sally.

"Ko tak pegi travel mane-mane ke holiday hari tu? Ko dengan Afif apa ceritanya seh? ", soal Icha.

"Alang-alang melawat along aku kat Adelaide kitorang turun Gold Coast..best giler Icha! Pastu shopping time kat Caville Avenue. Ahh..awesome! Tapi ko tak payah la sebut name cipan laut tu lagi bikin sakit hati jek. We're break up already.", jawab Sally dengan muke tak keruan menunggu untuk membaham ayam golek dengan sekali ngap!.

"okes dear..chill out don't be mad..we're in public now..ramai mak cik pak cik duk tengok kite nak wat menantu tu ha..karang jatuh la saham kita beb! Jom naik bas dulu karang kena tinggal tak fasal-fasal." ajak Icha.

Icha mendekati En.Anuar lalu disalami dan dikucupnya tangan ayahanda tercinta sebelum membuntuti Sally ke dalam perut bas ekspres Mutiara. Kedua-dua teman baik itu rancak bercerita perihal masa cuti mereka. Gelak ketawa kedua-dua mereka mengikut serta hiruk pikuk penumpang bas ekspres itu yang dimonopoli oleh pelajar sekolah berasrama penuh dari utara tanah air.

"Eh, Icha. Aku balik tempat duduk aku dulu la ye. Kesian lak nieysa,lupe terus kat ye duk borak ngan ko ni. Untung-untung jap lagi ada handsome guy duk sebelah ko ni..he..he", kata Sally sebelum mengangkat punggungnye ke tempat duduk belakang.

"Banyak la ko. Tiap kali aku duduk sorang tak penah pun lagi dapat hansome guy duk sebelah. Takat pak cik nak amek aku jadik second wife adalah..huh!", balas Icha sambil membetulkan duduknya.

Sally terus berjalan laju ke tempat duduknya jauh di belakang apabila bas berhenti di sebuah hentian bas untuk mengambil penumpang lain. Icha mengesat air mata yang bertakung di tubir mata bahana menguap akibat mengantuk yang teramat sangat.Icha terus mengqada tidurnya apabila semalaman bersengkang mata bermain game sempena malam terakhirnye di rumah tanpa mempedulikan sebilangan penumpang yang baru saja menaiki bas.

*************************************************************************************

3 comments:

  1. adakah nama watak berkaitan dengan yang hidup?haha..oke..whats next??cant wait to know~

    ReplyDelete
  2. ingatkan kesat air mata sedih sally blahhhh haha

    ReplyDelete
  3. hahaha...macam kenal je dgn si icha tue..dia suka main game ye..hope jumpa la cinta sejati dia..hihihi

    ReplyDelete