Sunday, August 8, 2010

chapter 2

"Buzz..buzz..buzz".

Icha terjaga dari tidurnya apabila handphone Nokia 3310 bergetar di dalam kocek uniform sekolahnya. Inbox dibuka malas dengan mata yang kuyu.

Kakak dah sampai belum? Dah sampai nanti jangan lupa call ok.
sender:
ummi lurve

Setelah mesej ummi dibalas, Icha memandang ke luar tingkap bas. Kurang 10 minit akan bermulalah semula sesi tahanan di sebalik pintu gerbang keemasan yang mana semua penghuninya hanya dibenarkan keluar setiap minggu pada hari sabtu dan ahad.

'Nasib aku terjaga. Dah nak sampai sekolah pun. Haih, banyak betul aku tidur hari ini. Hidup pun masa bas stop kat R&R jek. Mengalahkan sleeping beauty dah aku ni', Icha bermonolog di dalam hati.

"Dah nak sampai ke?", terdengar suara dari tempat duduk sebelah memecah keheningan dengan tiba-tiba.

'Haah' Icha ingin membalas tapi hanya tersekat dikerongkongnya. Justeru Icha hanya menganggukkan kepalanya.

"Student MRSM ea?", tanya suara kejantanan itu lagi.

Icha angguk lagi setelah suara lunaknya tidak juga mahu keluar.

"Form berapa?", eh..eh..sang kumbang masih tidak berputus asa nampaknya ye.

Icha tersengih menampakkan gigi yang putih tersusun seraya tangan kanannya diawang-awang menunjukkan kelima-lima jari pada sang kumbang menandakan dia adalah pelajar form 5. Icha kembali memandang ke hadapan dengan muka yang bajet 'cool' kononnya.

'Ishhh. Asal la suara aku tak nak keluar ni. Banyak kali try pun duk terlekat kat anak tekak ni jugak. Ini tak boleh jadik ni.', ngumam Icha di dalam hati.

"Mien! Mien!", Icha cuba memanggil kawannya yang berada di tempat duduk hadapan.

'I sehh! Keluar pulak suara aku ni. Pehal la time aku nak jawap mamat ni tanya suara tak nak keluar pulak. Mesti mamat ni cakap aku poyo jek. Dah la tidur je memanjang. Hu..hu.. Spoiler betul la. Mamat ni pun satu! Masa aku baru bangun gak la dia nak menggedik ngorat aku. Awal-awal tak nak pulak.' gerutu Icha di dalam hati.

Setelah bas ekspres Mutiara memberhentikan dirinya tepat di depan pintu gerbang keemasan, Icha tanpa membuang masa terus mencapai beg sandangnya serta bangkit dari tempat duduknya. Dia hanya mahu cepat turun dari bas. Tidak betah rasanya terus berhadapan denagn mamat itu setelah apa yang berlaku.

Walaubagaimanapun dengan sangat mendukacitakan Icha menghadapi kekangan dalam meneruskan niatnya. Dia dihalang oleh sebuah beg junior yang diletakkan di laluan tengah bas. Manakala junior tersebut sedang sibuk mengeluarkan barangnya dari kabinet atas bas.

Dek terhalang oleh beg yang sederhana besar itu, Icha tegak berdiri tepat di depan budak lelaki itu dan tambah mengharukan buntutnya elok mengadap budak lelaki tersebut. Muka Icha merona kemerahan akibat perasaan malu yang terlampau-lampau.

Tidak betah menahan perasaan setelah 5 saat yang berlalu dengan percuma, Icha menyinsing sedikit kain sekolahnya ke paras betis dan dilangkahnya beg junior terbabit.

"Sori!", ucap Icha kepada juniornya dan terus memboloskan dirinya keluar dari perut bas tanpa berpaling ke belakang lagi.

"Ah! lantak lah. Bukan aku kenal pun mamat tu dan bukan jumpa dia lagi pun pasni. Good bye and sayonara mr.Mckk!", bisik Icha.

8 comments:

  1. mr.mckk??hehe..the story has been retold.i knew it ;p

    ReplyDelete
  2. of course kne ckp baguih...lau x majuk lak mak cik nih...huahakhakhak

    ReplyDelete
  3. not bad laa. can't wait 4 next capter.hehe

    ReplyDelete
  4. tp unsur2 pencemaran bahasa berleluasa.hahaha.

    ReplyDelete
  5. i like!!!! kalo bole kasi pnjang ler lg 1 capter. xpuah bace ler..bez cite ni:)

    ReplyDelete
  6. haha,sempo bes!!!!
    btw, we noe u miss him!!
    we,i mean by miss d n me! :P

    ReplyDelete
  7. kak, cayalah! Buat la lg. bru nak feel, dah abis! apepun, gud luck k!

    ReplyDelete
  8. gud2..nice one!tmbh lg cerite..nk taw wat happen nxt..xsngke ley wat ayat cam gini..terkedu ku membacenye! hahaha..xkisah rojak pOn sbb xskema..gud luck!! ;)

    ReplyDelete