Wednesday, December 29, 2010

chapter 4

"Horay!! Tak sabarnya sekejap lagi sampai rumah..Dah macam papan dah punggung aku ni duduk berjam-jam langsung tak bergerak", jerit Icha bersemangat.

"Ello cik kak..sejak bila pulak awak ada punggung?? Bukan engko memang semulajadi papan playwood ke?", Mien menyampuk.

"Uhf! Mien! sangat kijam ayat engko.", balas Icha sambil menarik muncung Donald ducknya.

"Ok la Icha..Ayah aku dah sampai..aku chow dulu ek..Jalan leklok jangan diculik pulak..", pesan Mien.

"Sapelah yang nak culik papan playwood ni kan..", sempat Icha membalas disambut gelak kecil kedua-dua mereka.

*************************************************************************************

Icha menjeling jam tangannya sudah melewati 12.30 tengah hari. Langkahnya dipercepatkan. Matanya meliar mencari tubuh tinggi persis model sahabat baiknya sejak tadika. Berkerut-kerut dahinya memandang setiap seorang manusia di sekelilingnya sehinggalah matanya tertancap pada seorang gadis manis berselendang bunga pink kecil yang turut merenungnya.

"i'm so sorry dear..already remind ummi to wake me up early..truly sowi", Icha meminta maaf di atas kelewatannya sambil memeluk erat sahabat karibnya.

"sokey..juzz small matter dear..as long as we can hang out together okes.", balas Wanie.

Icha tersenyum senang. Sememangnya Wanie seorang sahabat yang sangat memahami. Walaupun setelah beberapa kali dipesan pada Umminya dan kebenaran telah diberikan. Seperti biasa Umminya sentiasa menjalankan rancangan sulit untuk menghalangnya daripada keluar lepak.

"Oleh sebab engko lewat setengah jam abes cair makeup aku jadik mannequin tak bertauliah kat bawah tadi..so engko belanja lunch kita hari ini..", luah Wanie.

"Tarak hal..tapi aku pun habis basah ketiak terkejar-kejar datang sini..dah bau dah..so engko belanja la aku shirt ngan jeans baru pulak..he..he..", sengih Icha.

"Euww..tak ubah-ubah perangai tak senonoh engko ni ea..tak ada maknanya kalau aku belanja shirt baru pun tetap bau jugak ketiak engko tu..", balas Wanie.

"Then engko belanja aku deodorant la pasni..", jawab Icha.

Masing-masing tertawa kesengalan sambil kaki melangkah menuju ke Noodle Station. Walaupun hanya keluar berdua kerana sahabat yang lain tidak dapat ikut serta, suasana tetap gamat dengan perangai gila-gila dua best friend itu.

Usai menjamu selera, mereka window shopping hampir segenap premis di gedung membeli-belah itu diterokai. Mereka singgah seketika di kedai sukan Al-Ikhsan kerana Wanie ingin membeli sneakers Nike idamannya.

Sementara menunggu Wanie membuat pembayaran di kaunter, Icha meninjau top dan jersey yang terdapat di situ sehinggalah matanya tertancap pada susuk tubuh tinggi sasa yang membelakanginya dan begitu khusyuk memilih track suit.

'Takkan lah mamat hari tu kot, mustahillah.', bisik hati Icha.

Dek kerana asakan perasaan yang memuncak Icha memberanikan diri mendekati susuk tubuh terbabit yang diapit seorang wanita berumur di kanannya dan seorang wanita muda di kirinya.

Alangkah terkejutnya Icha pabila sangkaannya tepat 100 peratus. Tindakan drastik secara luar kawalnya secara spontan terus menarik tangan Wanie yang baru sahaja menerima duit baki keluar dari Al-Ikhsan.

"Icha, what's wrong with u? Rushing keluar camni..are u ok dear?", soal Wanie terpinga-pinga turut terkejut sama.

"Sorry..i'm ok..juzz meeting someone that i thought we wouldn't meet again.", jelas Icha.

"Jom lah makan sundae kat Mc'Donald dulu sebelum balik.", ajak Icha.

Wanie hanya mengikut membuntuti Icha yang telah menghalakan kaki ke arah encik badut hidung merah yang tersenyum mesra.