Sunday, August 8, 2010

chapter 2

"Buzz..buzz..buzz".

Icha terjaga dari tidurnya apabila handphone Nokia 3310 bergetar di dalam kocek uniform sekolahnya. Inbox dibuka malas dengan mata yang kuyu.

Kakak dah sampai belum? Dah sampai nanti jangan lupa call ok.
sender:
ummi lurve

Setelah mesej ummi dibalas, Icha memandang ke luar tingkap bas. Kurang 10 minit akan bermulalah semula sesi tahanan di sebalik pintu gerbang keemasan yang mana semua penghuninya hanya dibenarkan keluar setiap minggu pada hari sabtu dan ahad.

'Nasib aku terjaga. Dah nak sampai sekolah pun. Haih, banyak betul aku tidur hari ini. Hidup pun masa bas stop kat R&R jek. Mengalahkan sleeping beauty dah aku ni', Icha bermonolog di dalam hati.

"Dah nak sampai ke?", terdengar suara dari tempat duduk sebelah memecah keheningan dengan tiba-tiba.

'Haah' Icha ingin membalas tapi hanya tersekat dikerongkongnya. Justeru Icha hanya menganggukkan kepalanya.

"Student MRSM ea?", tanya suara kejantanan itu lagi.

Icha angguk lagi setelah suara lunaknya tidak juga mahu keluar.

"Form berapa?", eh..eh..sang kumbang masih tidak berputus asa nampaknya ye.

Icha tersengih menampakkan gigi yang putih tersusun seraya tangan kanannya diawang-awang menunjukkan kelima-lima jari pada sang kumbang menandakan dia adalah pelajar form 5. Icha kembali memandang ke hadapan dengan muka yang bajet 'cool' kononnya.

'Ishhh. Asal la suara aku tak nak keluar ni. Banyak kali try pun duk terlekat kat anak tekak ni jugak. Ini tak boleh jadik ni.', ngumam Icha di dalam hati.

"Mien! Mien!", Icha cuba memanggil kawannya yang berada di tempat duduk hadapan.

'I sehh! Keluar pulak suara aku ni. Pehal la time aku nak jawap mamat ni tanya suara tak nak keluar pulak. Mesti mamat ni cakap aku poyo jek. Dah la tidur je memanjang. Hu..hu.. Spoiler betul la. Mamat ni pun satu! Masa aku baru bangun gak la dia nak menggedik ngorat aku. Awal-awal tak nak pulak.' gerutu Icha di dalam hati.

Setelah bas ekspres Mutiara memberhentikan dirinya tepat di depan pintu gerbang keemasan, Icha tanpa membuang masa terus mencapai beg sandangnya serta bangkit dari tempat duduknya. Dia hanya mahu cepat turun dari bas. Tidak betah rasanya terus berhadapan denagn mamat itu setelah apa yang berlaku.

Walaubagaimanapun dengan sangat mendukacitakan Icha menghadapi kekangan dalam meneruskan niatnya. Dia dihalang oleh sebuah beg junior yang diletakkan di laluan tengah bas. Manakala junior tersebut sedang sibuk mengeluarkan barangnya dari kabinet atas bas.

Dek terhalang oleh beg yang sederhana besar itu, Icha tegak berdiri tepat di depan budak lelaki itu dan tambah mengharukan buntutnya elok mengadap budak lelaki tersebut. Muka Icha merona kemerahan akibat perasaan malu yang terlampau-lampau.

Tidak betah menahan perasaan setelah 5 saat yang berlalu dengan percuma, Icha menyinsing sedikit kain sekolahnya ke paras betis dan dilangkahnya beg junior terbabit.

"Sori!", ucap Icha kepada juniornya dan terus memboloskan dirinya keluar dari perut bas tanpa berpaling ke belakang lagi.

"Ah! lantak lah. Bukan aku kenal pun mamat tu dan bukan jumpa dia lagi pun pasni. Good bye and sayonara mr.Mckk!", bisik Icha.

Thursday, August 5, 2010

chapter 1

"Auch!"

Icha menggosok kepalanya yang sakit akibat terhentak pada penjuru tetingkap bas. Dia menjenguk ke luar tingkap untuk memastikan lokasi terkini. Bas ekspres Mutiara berhenti di R&R untuk memberi ruang kepada penumpang makan tengah hari. Icha memandang terus menikam anak mata seorang pelajar lelaki empunya tempat duduk sebelah yang dari tadi asyik mengintai-ngintainya.

"Erm. Awak tak nak bangun ke? Dah sampai R&R dah ni." tegur budak lelaki itu dengan sopan.

Icha hanya menganggukkan kepalanya sekadar memberi respond dan budak lelaki itu menghadiahkan senyuman yang paling mahal kepada gadis rupawan yang kebingungan baru terjaga dari lena yang panjang. Icha hanya memandang budak lelaki itu yang kemudiannya turut menyertai rakan-rakannya menyerbu restoran berdekatan.

"Pergh! Giler hensem seh!", jerit Nieysa seraya meluru memaut bahu Icha.

"Sorry Icha aku terskodeng adegan kurang panas korang tadi. he..he", tambah Sally tersenyum sumbing tak ubah biawak jantan nampak biawak betina lalu di depan.

"Tapi kan Icha, awat la hang pi buat muke cam tapai basi gitu. Buruk bebenor aku nengoknye ha. Kot dah tergoda ngan senyuman ala Johnny Depp pun tak payah la wat muke cam katak kena gilis lori budu pun ada.", nyampuk kekla.

"Aku terkejut kot tetiba je ye tegur aku. Malu ahh. Mesti dia ushar aku tidur dari tadi. Entah-entah ada ayak liur basi melekat kat pipi aku ni ke", jawab Icha.

"Dun worry no worries la. Muke engkau maintain comel je. Takdak ayak basi pun. Jangan dilayan kekla tu. Dia jeles kot. Ha..ha..", nieysa memujuk Icha.

"Daripada pemerhatian mataku yang seksi ni kan, aku rasa budak tu student MCKK lah. Muke dah la boleh tahan. Educated tuh!! If dia tangkap syok kat aku pun tak pe gak!" kata Sally sambil mengerdipkan matanya bajet seksi.

"porrahh!", serentak ketiga-tiga yang lain meng'boo' si Sally.

Keempat-empat gadis sunti itu seronok bergossip dengan hilai ketawa masing-masing yang kemudiannya disertai oleh rakan-rakan seangkatan yang lain. Tidak cukup sekadar bergossip mereka bermain berkejaran di dalam bas tanpa seorang pun daripada mereka turun mengisi perut yang bergendang-dangdut. Nasib baik tiada orang awam dalam bas dihuni mereka ketika itu. Kalau tidak nescaya tidak akan ada seorang mak cik dan pak cik pun yang kepingin mengambil mereka semua sebagai calon menantu. (^_^)

prologue

"Icha!!"

Dari jauh kelihatan seorang makhluk bertubuh tinggi lampai siap beruniform sekolah lengkap dengan kain rona khakis melambai-lambai. Luggage sederhana besar kutarik menghampiri gadis tersebut diiringi abah yang membimbit barang-barangku di kanan dan kiri tangannya.

"yo0 gal! wazzup? windu sama aku enggak??", tanya Icha kepada Sally.

"haah la..windu la sangat kat member aku yang terencat seko ni..he.he..", balas Sally.

"Ko tak pegi travel mane-mane ke holiday hari tu? Ko dengan Afif apa ceritanya seh? ", soal Icha.

"Alang-alang melawat along aku kat Adelaide kitorang turun Gold Coast..best giler Icha! Pastu shopping time kat Caville Avenue. Ahh..awesome! Tapi ko tak payah la sebut name cipan laut tu lagi bikin sakit hati jek. We're break up already.", jawab Sally dengan muke tak keruan menunggu untuk membaham ayam golek dengan sekali ngap!.

"okes dear..chill out don't be mad..we're in public now..ramai mak cik pak cik duk tengok kite nak wat menantu tu ha..karang jatuh la saham kita beb! Jom naik bas dulu karang kena tinggal tak fasal-fasal." ajak Icha.

Icha mendekati En.Anuar lalu disalami dan dikucupnya tangan ayahanda tercinta sebelum membuntuti Sally ke dalam perut bas ekspres Mutiara. Kedua-dua teman baik itu rancak bercerita perihal masa cuti mereka. Gelak ketawa kedua-dua mereka mengikut serta hiruk pikuk penumpang bas ekspres itu yang dimonopoli oleh pelajar sekolah berasrama penuh dari utara tanah air.

"Eh, Icha. Aku balik tempat duduk aku dulu la ye. Kesian lak nieysa,lupe terus kat ye duk borak ngan ko ni. Untung-untung jap lagi ada handsome guy duk sebelah ko ni..he..he", kata Sally sebelum mengangkat punggungnye ke tempat duduk belakang.

"Banyak la ko. Tiap kali aku duduk sorang tak penah pun lagi dapat hansome guy duk sebelah. Takat pak cik nak amek aku jadik second wife adalah..huh!", balas Icha sambil membetulkan duduknya.

Sally terus berjalan laju ke tempat duduknya jauh di belakang apabila bas berhenti di sebuah hentian bas untuk mengambil penumpang lain. Icha mengesat air mata yang bertakung di tubir mata bahana menguap akibat mengantuk yang teramat sangat.Icha terus mengqada tidurnya apabila semalaman bersengkang mata bermain game sempena malam terakhirnye di rumah tanpa mempedulikan sebilangan penumpang yang baru saja menaiki bas.

*************************************************************************************