Sunday, October 3, 2010

chapter 3

"Sally cepat yok dah lambat ni. Tak payah la ko tempek lagi bedak compact tu. Dah tebal 2 inchi dah aku tengok. Dah cam opera cina pun ada. Tahi lalat ko pun suci dah kena tayamum dek bedak ko tu", rungut Kekla.

Sally kelam kabut menyarungkan sandal serta mengunci pintu biliknya. Tidak dilupakan jelingan tajam dihadiahkan untuk Kekla kerana ayat pencabulan ke atas wajahnya tadi.

Sebaik sahaja keempat-empat gadis sunti tersebut melangkah keluar pintu pagar aspuri, mereka disergah suara garau yang entah dari mana datangnya. Secara automatik semua antara mereka beserta beberapa orang pelajar junior lain serentak mematikan langkah dan terkesima apabila badan tegap milik Sir Azhar merangkap warden mereka terpacul di hadapan.

Selang beberapa minit kelihatan dua tiga orang lagi pelajar junior keluar daripada blok aspuri. Selanjutnya kesemua mangsa tahanan guaspurimo tersebut diberikan ceramah bebas di bawah seliaan Sir Azhar yang tegap lagi bergaya itu.

Usai sesi kawad pengecaman dan lapor diri kesemua mereka dibenarkan terus ke kelas masing-masing. Mereka sepakat merelakan diri dirotan daripada menjalani sesi kawad tentera dengan memakai baju kurung di bawah terik matahari mengelilingi seluruh kawasan sekolah. Namun, hukuman mereka ditangguhkan sehingga malam hari kerana Sir Azhar menyerahkan tugas merotan tersebut kepada warden perempuan yang bertugas.

*************************************************************************************

Seperti yang dijanjikan tepat jam 9.00 malam ketika sesi prep berlangsung dengan aman, suara parau Miss Faye berkumandang dari corong pembesar suara meminta keseluruhan 20 nama tahanan guaspurimo berkumpul di hadapan staf room.

Icha, Sally, Kekla dan Nieysa serta tiga orang lagi rakan sekelas mereka yang gagal dalam percubaan menyembunyikan diri dalam longkang ketika peristiwa petang tadi berpusu-pusu meninggalkan kelas menuju ke staf room meninggalkan pelajar lain terpinga-pinga tidak tahu puncanya.

"hu..hu..im scared galz", bisik Nieysa.

"sorry its all my fault. Tak fasal kowang semua kena rotan malam ni. Im really truely sorry.", Sally bersuara pilu.

"shhhh..benda nak jadik nak buat macam mana. Juz think that all of this is our memories in final year kat sini ok..chill up..Lagipun maybe kita semua kena rotan kat depan staff room. nobody can see us what..", Icha menenangkan rakannya.

"betul tu..lagipun mana pernah dibuatnya spot check sebelum pergi prep sebelum sebelum ini..kita cuma terlewat 2 minit..dah memang nasib kita hari ini", pujuk Kekla pula.

Namun sangkaan Icha meleset sama sekali pabila Miss Faye menjerit lantang mengarahkan semua tahanan berbaris panjang sederet di hadapan kelas semua pelajar form 4.

"Cepat sikit masuk baris!!!", jerit Miss Faye makin lantang.

"Opocot mak engko gendut", Kekla melatah dek terkejut dengan sergahan Miss Faye.

Icha, Sally dan Nieysa tergelak kacil mendengar latahan Kekla. Jika didengari oleh Miss Faye yang berbadan besar dan sedikit gendut itu kemungkinan besar mereka akan diratah hidup-hidup ketika itu juga paling tidak pun keempat-empat mereka dijadikan sate cicak.

Mereka segera mematikan sisa senyuman tatkala Miss Faye mendekati tempat mereka berdiri.

"Saya mahu kamu semua berpaling menghadap kelas form 3 sekaraaaaang!".

Kini seluruh pelajar sekolah dapat menyaksikan hukuman rotan yang bakal mereka hadapi dari segenap sudut, tidak kira pelajar dari tingkat atas bawah ataupun daripada dalam kelas di tempat duduk masing-masing.

Kesemua mangsa tahanan tidak menyangka sampai begitu sekali hukuman mereka. Mereka berandaian hukuman rotan sepatutnya dilakukan di tempat tertutup seperti kebiasaan pelajar lelaki.

Buntang dan naik juling mata Icha mengikut rentak Miss Faye yang mundar mandir sambil melibas-libaskan rotan sebesar ibu jari lelaki di tangan kanannya. Aura bahang amukan gergasi itu kini sampai ke kemuncaknya, efeknya bisa menggelegakkan setiap penjuru serebelum. Tambahan pula setiap langkahnya dan bukit-bukaunya bisa menggoncangkan tanah sehingga tupai di atas pokok mungkin jatuh pengsan menyembah bumi.

'sekkk! sekk!', ngilu bunyi libasan rotan memecah keheningan suasana dingin.

Nieysa memejamkan matanya tatkala libasan rotan mengena lengannya. Kekla dan Sally menahan air mata dari jatuh tersungkur akibat perit bisanya rotan sambil berpegang erat satu sama lain. Icha hanya memandang kaku tidak berkelip alur rotan membaham lengannya. Namun bagi Icha kemaluan dan maruah yang diinjak lebih teruk sehingga dia tidak merasai pedihnya dirotan seperti rakan yang lain.

Moral value:jangan lambat pergi prep walaupun 2 minit cuma! ;(